Friday, 21 September 2018

MENSINTESISKAN PEMBUATAN AMMONIA DAN GARAMNYA
    • KEGUNAAN AMMONIA
      • Membuat baja kimia.
      • Membuat bahan letupan.
      • Membuat gentian sintetik.
      • Membuat asid nitrik.
      • Sebagai agen penyejuk.
      • Mencegah pembekuan susu getah.
      • Membuat bahan pencuci.
    • SIFAT-SIFAT AMMONIA
      • bersifat alkali
      • Gas tidak berwarna dan berbau sengit
      • sangat larut dalam air
      • kurang tumpat daripada udara
      • terrbakar dalam gas oksigen tetapi tidak boleh dalam udara
      • menghasilkan asap putih yang tebal apabila bertidak balas dengan gas hidrogenklorida
    • PROSES PEMBUATAN AMMONIA SECARA INDUSTRI
      • Proses Haber atau juga dikenali sebagai Proses Haber-Bosch adalah proses untuk menghasilkan ammonia. Proses ini pada mulanya diciptakan oleh seorang ahli kimia yang hebat iaitu Fritz Haber, dan kemudiannya dikomersialkan oleh Carl Bosch. Kedua-dua saintis tersebut menerima Hadiah Nobel atas sumbangan mereka dalam bidang kimia.
                           
      • Bahan mentah yang digunakan adalah gas nitrogen dan gas hidrogen. Kedua-dua bahan ini akan dicampurkan pada nisbah 1 : 3. Bermaksud 1 gas nitrogen bersamaan dengan 3 gas hidrogen. 
                    
      •   Pada tangki Pemampatan (compressor), campuran tersebut akan dimampatkan pada 200atm. Kemudian dialirkan ke Reaktor. Pada Reaktor, campuran dipanaskan pada 450C dan besi digunakan sebagai mangkin bagi mempercepatkan tindakbalas.
                    N2(g) + 3H2(g) ⇄ 2NH3(g)
      • Seterusnya campuran mengalir ke kebuk Penyejukan, di mana di sini, gas ammonia hasil daripada tindakbalas tadi akan ditukarkan kepada bentuk cecair. Cecair ammonia yang terhasil akan dikumpulkan. Manakala gas nitrogen dan gas hidrogen yang tidak bertindakbalas akan dikitar semula dan akan memulakan proses tersebut sekali lagi. 
    • MENYEDIAKAN BAJA AMMONIUM
      • Pembuatan Baja Urea dalam Industri
        ■ Baja urea merupakan baja yang mengandungi peratus nitrogen yang lebih tinggi berbanding dengan baja ammonia.
        ■ Baja urea dapat disediakan dengan memanaskan campuran cecair ammonia dan cecair karbon dioksida pada suhu 200℃ dan tekanan 200 atmosfera.
                   
                              ■Kedua-dua bahan tersebut bertindak balas pada keadaan              suhu dan tekanan yang tinggi untuk membentuk garam                  ammonium karbamat.                                     
           
            Garam ini kemudiannya terurai pada tekanan yang lebih              rendah untuk menghasilkan urea dan air
      • Penghasilan Baja Garam Ammonia dalam Industri
        ■ Baja ammonia ialah baja bernitrogen yang dapat membekalkan unsur nitrogen kepada haiwan dan tumbuhan untuk pembentukan protein.
        ■ Baja ammonia dapat disediakan mengikut langkah-langkah yang berikut:

        Langkah 1:Larutan ammonia + asid → garam ammonium

        Langkah 2:Garam ammonium disejatkan untuk
        mendapatkan larutan tepu garam ammonium

        Langkah 3:Larutan tepu garam ammonium disejukkan
        dan dihablurkan untuk mendapatkan baja
        ammonia
        ■ Contoh baja ammonia

        Larutan ammonia + asid sulfurik → Ammonia sulfat
           
        (NH4)2 SO4

        Larutan ammonia + asid nitrik → Ammonia nitrat
           
        NH4NO3

        Larutan ammonia + asid fosforik → Ammonia fosfat
           (NH4)3PO4









No comments:

Post a Comment