- KEGUNAAN ASID SULFURIK
- Penghasilan sabun/detergen
- Penghasilan baja
- Sebagai elektrolit (dalam akumulator)
- Membuat pigmen putih bagi cat
- Pembuatan getian sintetik
- Menggelapkan warna pada kulit
- PROSES PEMBUATAN ASID SULFURIK SECARA INDUSTRI
- Proses Sentuh
Proses Sentuh adalah bertujuan untuk menghasilkan asid sulfurik. - Bahan mentah yang diperlukan
Sulfur dalam bentuk cecair, udara dan air.
- Proses Penyediaan
1. Sulfur dalam bentuk cecair dibakar dalam udara untuk menghasilkan sulfur dioksida.
S + O2 ------> SO2
2. Sulfur dioksida dicampur dengan oksigen untuk menghasilkan sulfur trioksida. 2SO2 + O2 -------> 2SO3Suhu: 400C - 450C
Tekanan: 1 atmosferaMangkin: Vanadium(V) Oksida V2O5
3. Sulfur trioksida dilarutkan dalam asid sulfurik pekat untuk membentuk oleum.
H2SO4 + SO3 -------> H2S2O7
4. Oleum ditambahkan dengan air untuk menghasilkan asid sulfurik.
H2S2O7 + H2O ------> 2H2SO4 - Oleum dihasilkan sebagai hasil perantaraan kerana melarutkan sulfur trioksida secara terus ke dalam air adalah amat berbahaya kerana proses ini akan membebaskab banyak haba. (walaupun asid sulfurik boleh dihasilkan sebegitu).
- Tindak balas penghasilan sulfur trioksida daripada sulfur dioksida adalah satu tindak balas berbalik. Maka suhu, tekanan, mangkin dan nisbah bahan tindak balas adalah amat penting demi memaksimumkan kuantiti sulfur trioksida yang terhasil.
- KESAN TERHADAP PENCEMARAN ALAM SEKITAR
- Bahan api seperti petrol dan diesel mengandungi sulfur.
- Apabila bahan api dibakar,sulfur akan dioksida kepada sulfur dioksida,SO2 seperti yang ditunjukkan dalam persaman dibawah:
S + O2 -------> SO2
- SO2 yang terbebas di udara boleh menyebabkan alam sekitar.SO2boleh menyebabkan kita menghidapi batuk,sakit dada,sesak nafas dan penyakit paru-paru jika terhidu gas ini.
- SO2 melarut dalam air untuk membentuk asid.Oleh itu apabila dioksidakan sulfur larut dalam air hujan,asid sulfurus dan asid sulfurik akan dihasilkan dan menakibatkan hujan asid.
- Air hujan biasanya mempunyai nilai pH 5.4.Hujan asid berlaku apabila nilai pH air hujan berada antara 2.4 dangan 5.0.
2SO2(g)+ O2(g)+2H2O(ce)----> 2H2SO4(ak)
- Hujan asid menyebabkan bangunan,pokok dan hidupan air akan mati.
- Kejadian hujan asid dapat dikurangkan dengan mengurangkan gas beracun seperti SO2 ang terbebas ke atmosfera.Sulfur dioksida boleh bertindak balasa dengan magenesium untuk menghalang sulfur dioksida terbebas ke atmosfera.
SO2 + Mg -------> MgSO3
simple but niceee
ReplyDeletesuka sangat especially background
:)