MENSINTESISKAN PEMBUATAN AMMONIA DAN GARAMNYA
- KEGUNAAN AMMONIA
- Membuat baja kimia.
- Membuat bahan letupan.
- Membuat gentian sintetik.
- Membuat asid nitrik.
- Sebagai agen penyejuk.
- Mencegah pembekuan susu getah.
- Membuat bahan pencuci.
- SIFAT-SIFAT AMMONIA
- bersifat alkali
- Gas tidak berwarna dan berbau sengit
- sangat larut dalam air
- kurang tumpat daripada udara
- terrbakar dalam gas oksigen tetapi tidak boleh dalam udara
- menghasilkan asap putih yang tebal apabila bertidak balas dengan gas hidrogenklorida
- PROSES PEMBUATAN AMMONIA SECARA INDUSTRI
- Proses Haber atau juga dikenali sebagai Proses Haber-Bosch adalah proses untuk menghasilkan ammonia. Proses ini pada mulanya diciptakan oleh seorang ahli kimia yang hebat iaitu Fritz Haber, dan kemudiannya dikomersialkan oleh Carl Bosch. Kedua-dua saintis tersebut menerima Hadiah Nobel atas sumbangan mereka dalam bidang kimia.
- Bahan mentah yang digunakan adalah gas nitrogen dan gas hidrogen. Kedua-dua bahan ini akan dicampurkan pada nisbah 1 : 3. Bermaksud 1 gas nitrogen bersamaan dengan 3 gas hidrogen.
- Pada tangki Pemampatan (compressor), campuran tersebut akan dimampatkan pada 200atm. Kemudian dialirkan ke Reaktor. Pada Reaktor, campuran dipanaskan pada 450C dan besi digunakan sebagai mangkin bagi mempercepatkan tindakbalas.
N2(g) + 3H2(g) ⇄ 2NH3(g)
- Seterusnya campuran mengalir ke kebuk Penyejukan, di mana di sini, gas ammonia hasil daripada tindakbalas tadi akan ditukarkan kepada bentuk cecair. Cecair ammonia yang terhasil akan dikumpulkan. Manakala gas nitrogen dan gas hidrogen yang tidak bertindakbalas akan dikitar semula dan akan memulakan proses tersebut sekali lagi.
- MENYEDIAKAN BAJA AMMONIUM
■Kedua-dua bahan tersebut bertindak balas pada keadaan suhu dan tekanan yang tinggi untuk membentuk garam ammonium karbamat.
■Garam ini kemudiannya terurai pada tekanan yang lebih rendah untuk menghasilkan urea dan air